February 8, 2012

~KEBAHAGIAAN SEJATI~~<@

0






Kebahagiaan sejati tidak ditentikan oleh tempat dan waktu, tetapi oleh keimanan, kualiti ketaatan sebagai orang yang beragama dan faktor hati.



Hati adalah tempat untuk melihat Tuhan. Apabila di hati sudah tertanam satu keyakinan maka akan muncul kebahagiaan yang akan mengalirkan kedamaian dan ketenangan ke dalam roh dan jiwa.

Untuk mendapat kebahagiaan itu, kita perlu berpijak dengan kukuh, yakni menyedari hakikat yang dunia ini hanyalah pinjaman untuk kita umat manusia. Perlu juga obsesi yang tinggi ke arah mencari keredhaan Allah SWT. Dan akhir sekali, menyedari akan ke mana arah tuju kita selepas hidup ini.

Sepertimana kisah Ahmad bin Hambal yang mengamalkan tiga perkara di atas, lalu dianugerahkan untuknya sebuah hidup yang bahagia sejahtera.

0 comments:

Post a Comment