February 2, 2012

~HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH~

0

Ornag kata, setiap musibah atau ujian yang melanda

pasti ada hikmah di sebaliknya..

Betul la tu. Dari apa yang ditulis dalam LA TAHZAN sememangnya kita patut tahu..

Kat sini ada serba sedikit yang dapat dikongsi hasil yang dicernakan dari LA TAHZAN..


1) Musibah mampu mengeluarkan nilai-nilai ubidiyah doa yang selama ini terpendam. Sesungguhnya Allah menurunkan ujian kepada hambaNya supaya dapat mendengar suara hambaNya.

2) Musibah semakin menyatukan rasa cinta sesama manusia dan saling mendoakan kepada yang sedang ditimpa.

3) Menyedarkan manusia tentang kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan. Sesungguhnya, jika manusia menyedari nilai musibah itu, maka mereka akan menghadapinya dengan senang dan tenang.

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira" (Surah Az-Zumar:10)


0 comments:

Post a Comment