March 26, 2012

.............

0

sebelas hari pemergian ayahanda tercinta...
hari2 berlalu semakin sunyi...
terpaksa sembunyikan tangis dengan harapan ma juga tambah kuat...
ma juga begitu..ku rasakan..
x terlihat air mata di depan anak2..
tapi ku pasti dirinya menangis dalam diam..
hari2 nya bertemankan Al-Quran..
sedang aku keluar di pagi hari menggalas tugas..
ingat pesan abang2 dan kakak..
jangan menangis depan ma..
macam mana harus ku sembunyikan..
sedang aku dan ma yang menyaksikannya..
tapi syukur..
aku diberi kesempatan menjaga dan berusaha merawat ayah..
sehabis daya..
semoga ayah ditempatkan di kalangan orang2 beriman..
Amiinn..

#pura2 kuat depan semua orang..tiada lg pelindung di sisi kami..

February 8, 2012

~KEBAHAGIAAN SEJATI~~<@

0






Kebahagiaan sejati tidak ditentikan oleh tempat dan waktu, tetapi oleh keimanan, kualiti ketaatan sebagai orang yang beragama dan faktor hati.



Hati adalah tempat untuk melihat Tuhan. Apabila di hati sudah tertanam satu keyakinan maka akan muncul kebahagiaan yang akan mengalirkan kedamaian dan ketenangan ke dalam roh dan jiwa.

Untuk mendapat kebahagiaan itu, kita perlu berpijak dengan kukuh, yakni menyedari hakikat yang dunia ini hanyalah pinjaman untuk kita umat manusia. Perlu juga obsesi yang tinggi ke arah mencari keredhaan Allah SWT. Dan akhir sekali, menyedari akan ke mana arah tuju kita selepas hidup ini.

Sepertimana kisah Ahmad bin Hambal yang mengamalkan tiga perkara di atas, lalu dianugerahkan untuknya sebuah hidup yang bahagia sejahtera.

February 2, 2012

~HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH~

0

Ornag kata, setiap musibah atau ujian yang melanda

pasti ada hikmah di sebaliknya..

Betul la tu. Dari apa yang ditulis dalam LA TAHZAN sememangnya kita patut tahu..

Kat sini ada serba sedikit yang dapat dikongsi hasil yang dicernakan dari LA TAHZAN..


1) Musibah mampu mengeluarkan nilai-nilai ubidiyah doa yang selama ini terpendam. Sesungguhnya Allah menurunkan ujian kepada hambaNya supaya dapat mendengar suara hambaNya.

2) Musibah semakin menyatukan rasa cinta sesama manusia dan saling mendoakan kepada yang sedang ditimpa.

3) Menyedarkan manusia tentang kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan. Sesungguhnya, jika manusia menyedari nilai musibah itu, maka mereka akan menghadapinya dengan senang dan tenang.

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira" (Surah Az-Zumar:10)


January 30, 2012

bila hati teralih..

0

bila hati dah teralih dari tempat asalnya, ape maksud nya tu??

Actually, it's hard to ellaborate..sumtin hollow inside..

just the simple words can describe, maybe..

SPEECHLESS...DOWN...REDHA...

bila fikir banyak2, otak tambah serabut..

bimbang pulak hati menguasai akal..

whatever pun, must take time to think deeply..POSITIVELY..